FAQ: Jawapan Kepada Soalan-Soalan Orang Islam (Dikemas kini)

Marilah kita berperkara, demikian firman TUHAN (Yesaya 1:18)

Kesusasteraan polemik yang menyerang kepercayaan Kristian mudah didapati di kebanyakan kedai-kedai buku di Malaysia. Polemik ini mendapat perhatian media ketika institusi pengajian tinggi menganjurkan forum untuk menyebarkan maklumat palsu tentang agama Kristian.

“UiTM Warns Students About The Threat Of Christianity In “Allah And Christology” Seminar
-Gospels are ‘Fake’ as Jesus was ‘Human Slave to Allah’, Don Claims [The Malaymailonline 6 May 2014]
-Books Warning Muslims About ‘Christian Agenda’ Distributed at Allah Forum in University

Namun daripada merasa takut, umat Kristian mengalu-alukan serangan seperti itu kerana ia memberikan peluang kepada orang Kristian untuk menjelaskan iman mereka.

Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni, supaya apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai pengikut Kristus, orang yang memfitnah kamu itu akan menjadi malu (1Petrus 3:15-16).

Walau bagaimanapun, ada orang Islam yang secara ikhlas bertanya soalan mengenai kepercayaan Kristian dalam mencari persefahaman antara agama. Untuk orang-orang Muslim yang ikhlas seperti inilah kami ingin menawarkan “Jawapan Kepada Orang-orang Islam.” Semoga Allah memberkati umat Kristian dan umat Islam di Malaysia dengan persefahaman dan saling menghormati.

 

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

 

I. FAQ: JAWAPAN RINGKAS KEPADA PERTANYAAN YANG SERING DIAJUKAN OLEH ORANG ISLAM

1. ‘Mengapa orang Kristian percaya kepada Tritunggal? Adakah kamu percaya kepada tiga tuhan?’
Orang Kristian tidak percaya kepada tiga tuhan! Kami percaya kepada Allah yang esa sahaja, sama seperti orang Muslim. Apabila kami berkata tentang Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus, ia bukan merujuk kepda tiga tuhan yang berlainan. Seperti Islam, agama Kristian adalah agama tauhid. Istilah “Tritunggal” tidak terdapat di dalam Alkitab, tetapi idea itu diajar di dalam Alkitab.

2. ‘Mengapa kamu berkata bahawa Yesus itu “Anak Allah”?’
Kerana Yesus menyatakan dirinya sebagai ‘Anak’ dan memanggil Allah sebagai ‘Bapa’ dan ‘Bapa-Ku’. Kami tidak percaya Yesus adalah anak Allah hasil dari satu penyatuan fizikal. Idea seperti itu bertentangan dengan kepercayaan kami, sama seperti orang Islam.

Kami percaya bahawa ‘Allah itu Kasih’ di dalam persona-Nya, dan terdapat satu perhubungan kasih antara Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus, bahkan sebelum dunia ini dicipta. Yesus adalah lebih daripada seorang nabi, kerana Dia adalah 100% manusia dan 100% Allah pada masa yang sama. Apabila kami merujuk kepada Yesus sebagai Anak Allah, itu adalah satu istilah yang paling mudah untuk menyatakan bahawa Yesus sama seperti Allah, dan ini tidak pernah dan tidak akan berlaku kepada mana-mana manusia lain. Apabila kita menujukan pandangan kepada Yesus, kita mempunyai satu idea tentang Allah.

3. ‘Mengapa kamu percaya Yesus disalib?’
Kerana itu yang diajar oleh Kitab Suci. Perjanjian Baru menyatakan bukan kerana kelemahan Allah yang menyebabkan Yesus disalib, tetapi itu adalah cara-Nya untuk menunjukkan kejahatan sifat manusia yang sebenar. Tetapi ia juga adalah cara Allah menunjukkan betapa besar kasih-Nya terhadap manusia kerana ingin mengampuni dosa kita. Orang Kristian melihat penyaliban Yesus sebagai satu ‘korban untuk penebusan dosa’ yang terakhir dan sempurna, sehingga tidak memerlukan korban lain yang selanjutnya. Allah membenarkan Yesus untuk mati kerana semua manusia akan mati apabila tiba waktunya. Tetapi dengan membangkitkan Yesus semula, Allah bukan sahaja menampakkan diri dan identiti sebenar Yesus, tetapi juga memusnahkan kuasa kematian untuk selama-lamanya bagi mereka yang percaya kepada Yesus.

4. ‘Alkitab kamu telah dipalsukan.’
Saya tahu ini adalah yang telah diajarkan kepada anda untuk sekian lama. Tetapi adakah anda pernah membaca Alkitab? Menurut Al-Quran, mesej yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad mengesahkan Kitab-Kitab Suci yang terdahulu – Taurat Musa, Zabur Daud, dan Injil Yesus. Jika semua Kitab Suci tersebut yang berada di dalam tangan kaum Yahudi dan Kristian pada zaman Nabi Muhammad telah dipalsukan, bagaimanakah Al-Quran boleh mengesahkan Kitab-Kitab Suci yang dinyatakan? Bolehkah anda memberitahu saya siapa yang memalsukan Kitab-Kitab Suci tersebut, dan bilakah ia berlaku? Mahukah anda membaca riwayat Yesus yang terdapat di dalam Injil kami? Bagaimana anda boleh mendakwa bahawa Alkitab telah dipalsukan kalau anda sendiri tidak pernah membacanya?

5. ‘Alkitab penuh dengan kesilapan dan percanggahan.’
Orang Kristian tahu tentang percanggahan yang anda dapati di dalam Alkitab kerana cendekiawan Kristian telah lama mengetahui hal tersebut. Tetapi cendekiawan Kristian mempunyai cara sendiri untuk menerangkan perkara tersebut, malah kebanyakannya boleh diterangkan dengan mudah. Yang lain memerlukan tafsiran yang lebih mendalam lagi. Adakah anda sedia untuk mendengar penjelasan kami?

Sebenarnya ini juga boleh berlaku kepada anda. Ada orang Kristian yang mengatakan bahawa ada banyak percanggahan di dalam Al-Quran. Bagaimanakah perasaan anda jika saya mengkritik Al-Quran? Tetapi saya tidak mahu melakukan itu kerana saya tidak berminat untuk mengkritik Al-Quran. Jika orang Islam tidak suka orang Kristian mengkritik Al-Quran, mengapakah orang Islam berbuat demikian terhadap Alkitab?

Anda mempunyai masalah dengan percanggahan di dalam Alkitab kerana anda membuat perbandingan di antara Alkitab dengan Al-Quran. Anda percaya bahawa Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad secara langsung, dan mengandaikan Injil juga sedemikian. Orang Kristian percaya bahawa Alkitab adalah Firman Allah, dan melalui Roh Kudus Allah telah mengilhami para penulis untuk menulis kitab-kitab di dalam Alkitab. Tetapi Firman Allah di dalam Alkitab ditulis oleh ramai penulis. Jadi bagi orang Kristian, Alkitab adalah Firman Allah dan juga perkataan manusia. Masalah asas di antara kita berdua adalah kita mempunyai pandangan yang berbeza tentang cara Firman Allah diturunkan kepada manusia. Orang Islam percaya bahawa wahyu teragung daripada Allah diturunkan di dalam bentuk sebuah buku, iaitu Al-Quran. Tetapi bagi orang Kristian, kami percaya bahawa wahyu teragung diturunkan melalui satu peribadi, iaitu Yesus.

6. ‘Kami percaya bahawa Yesus seorang nabi. Mengapakah kamu tidak percaya bahawa Muhammad juga seorang nabi’
Kalau kami mengiktiraf Muhammad sebagai seorang nabi seperti umat Islam, maka kami semua menjadi Muslim. Kami dengan sukacitanya menerima ajaran daripada Al-Quran bahawa Allah itu Esa, sama seperti yang diajar di dalam Alkitab. Tetapi kami tidak percaya pada seluruh Al-Quran kerana pengajarannya berbeza dan bercanggah dengan ajaran di dalam Kitab Suci kami.

Kami percaya bahawa Yesus adalah nabi yang terakhir, Kalimahtullah yang terunggul dan terakhir untuk seluruh dunia. Yesus adalah wahyu Allah yang sempurna dan lengkap di dalam bentuk manusia, dan kami tidak percaya bahawa terdapat wahyu yang lebih sempurna tentang Allah selepas Yesus.

7. ‘Mengapa kamu tidak percaya bahawa Alkitab bernubuat tentang kedatangan Muhammad?’
Ada dua ayat Alkitab yang sering dipetik untuk menyampaikan idea tersebut. Yang pertama dipetik daripada kitab Ulangan, di mana terdapat nubuatan tentang seorang nabi yang akan datang: ‘Seorang nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh TUHAN, Allahmu; dialah yang harus kamu dengarkan.’ (Ulangan 18:15). Ini tidak mungkin merujuk kepada Muhammad kerana Musa berkata nabi tersebut akan datang ‘dari antara saudara-saudaramu’, iaitu dari bani Israel.

Ayat kedua adalah pernyataan Yesus tentang kedatangan seorang Paraclete: ‘Aku akan minta kepada Bapa, dan Dia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Dia menyertai kamu selama-lamanya.’ (Yohanes 14:16; sila rujuk juga kepada 14:26, 15:26, 16:7). Orang Kristian sentiasa mentafsirkan kata-kata Yesus ini tentang kedatangan Roh Kudus. Yesus tidak pernah bercakap tentang seorang nabi yang akan datang selepas Dia.

Sumber: Colin Chapman, The Cross and the Crescent. IVP Books, 2008.

 

————————————————–

II. FAQ: JAWAPAN PENUH KEPADA SOALAN-SOALAN ORANG ISLAM

Format PDF – FAQ Jawapan Penuh Kepada Soalan-Soalan Orang Islam

Format Cetakan BukuQs & As Lamin Sanneh Jawapan Penuh

 

SOALAN-SOALAN TENTANG PENYEMBAHAN

SOALAN 1: Orang Kristian kelihatan seolah-olah tiada “Agama”. Kamu melakukan semua perkara mengikut keinginan kamu sahaja. Apabila kamu berdoa ada sesetengah orang memukul dram, ada yang bertepuk tangan, ada yang menari, ada yang duduk, ada yang berdiri. Adakah kamu sudah lupa bagaimana cara menyembah Tuhan yang sudah diajarkan oleh Musa dan Yesus ?

Jawapan: “Agama” yang diajarkan olehYesus kepada kita ialah kita harus menyembah Tuhan “dalam roh dan kebenaran”. Yesus menekankan bahawa orang yang suci dan tulus hatinya akan mengenal Tuhan (Yohanes 4:24 ; Matius 5:8)

Sudah semestinya setiapKristian harus menyembah Tuhan; penyembahan sedemikan akan menyucikan hati dan kehidupan kita. Bahagian terpenting dalam penyembahan adalah sama di semua gereja. Dalam semua Kebaktian orang Kristian membaca Alkitab, memuji Tuhan, memberikan ucapan syukur, pengakuan dosa dan berdoa syafaat bagi orang lain dan diri sendiri. Tetapi Yesus tidak memberikan satu cara atau peraturan tertentu yang terperinci tentang bagaimana cara menyembah. Dia tidak mengajarkan format Kebaktian yang harus diikuti oleh orang Kristian. Oleh itu orangKristian bebas menggunakan apa sahaja bahasa yang difahaminya dan menyembah Tuhan mengikut kebiasaansetempat dan budaya suatu komuniti tersebut asalkan tidak bertentangan dengan iman dalam Kristus.

Dalam Kalangan Islam juga terdapat sedikit perbezaan dalam cara mereka mengamalkan sembahyang Lima Waktu. Ada ketikanya semasa berdoa ada orang Islam yang meletakkan tangan di sisi mereka, ada pula yang lain melipat tangan mereka di dada.

SOALAN 2: Kenapa orang Krisitan memakai kasut masuk ke dalam gereja? Bukankah Tuhan ada memerintahkan Musa untuk “membuka kasut dari kakinya, kerana tanah yang dipijaknyaitu adalah kudus” ? (Kis 7:33 ; Kel 3:5)

Jawapan: Membuka kasut adalah budaya dan kebiasaan orang Israel (orang Yahudi) untuk menunjukkan sanjungan dan merendahkan diri dihadapan Tuhan. Oleh itu perintah Tuhan kepada Musa membawa maksud Musa harus menunjukkan sanjungan dan hormat serta merendahkan diri di hadapan Tuhan menurut kebiasaan dan budaya mereka. Tetapi di dalam Alkitab tidak diwajibkan perintah untuk orang Kristian membuka kasut mereka. Tiada rekod perintah Yesus kepada pengikut-pengikutNya untuk membuka kasut masuk ke dalam rumah sembahyang.

Orang Kristian percaya bahawa mereka harus memberikan sanjungan dan penyembahan yang sesungguhnya kepada Tuhan.Di sesetengah tempat sehingga hari ini, budaya membuka kasut sebelum amsuk ke dalam gereja atau rumah sembahyang masih diamalkan. Manakala orang Kristian di tempat lain bebas menunjukkan sanjungan dan penyembahan mereka kepada Tuhan dengan cara yang lain. Orang Kristian percaya “Tuhan tidak menilai orang seperti cara manusia menilai orang. Manusia melihat rupa tetapi Tuhan melihat hati” ( 1 Sam 16:7)

SOALAN 3: Kenapa orang Kristian tidak melakukan amalan penyucian diri sebelum berdoa? Bukankah di dalam Alkitab ada disebut tentang penyucian diri sebelum berdoa, lihat Keluaran 30:17-20 dan Keluaran 40:30- 32.

Jawapan: Ayat di alam Kilueran tersebut adalah perintah yang diberikan kepada Harun dananak-anaknya (iaitu para imam Israel zaman itu). Para imam diperintahkan untuk mencuci tangan dan kaki mereka setiap kali mereka hendak naik ke altar untuk mempersembahkan korban bakaran di Rumah tuhan ( terutama Keluaran 30:20). Amalan ini sangat berbeza dengan amalan penyucian diri orang Islam. Dalam situasi ini hanya para imam sahaj yang diwajibkan melakukan penyucian tangan dan kaki dan bukannya semua pengikut. Bahagian yang dicuci hanyalah tangan dan kakiserta tidak melibatkan muka, hidung, kepala dan lain-lain. Para Imam hanya perlu mencuci tangan dan kaki mereka sebelum mempersembahkan korban bakaran sahaja yang mana hanya dilakukan sebanyak dua kali sehari. Keluaran 29:38-41. Ianya bukan soal melakukan penyucian diri sebelum sembahyang lima kali sehari.

Apa yang penting ialah pengikut-pengikut Yesus tidak mengikut cara pemyembahan orang Yahudi seperti yang diperintahkan dalam Perjanjian Lama. Pengikut-pengikut Yesus danorang Kristian sehingga hari ini tidak lagi memperembahkan korban bakaran kerana Yesus sudah menjadi korban yang agung. Oleh itu walaupun para Imam orang Yahudi melakukan penyucian diri, amalan itu bukanlah amalan yang penting dilakukan oleh orang Kristian.

Sesetengah orang Islam mempersoalkan kejadian di Yohanes 13:3-11, di mana peristiwa Yesus mencuci kaki pengikut-pengikutNya. Ini tidak sama dengan penyician diri. Tujuan Yesus mencuci kaki pengikutNya adalah untuk memberikan contoh kepada para pengikutNya supaya merendahkan diri melayani orang lain. Yesustidak menjadikan ini suatu kewajipan penyembahan yang harus dilakukan setiap hari apatah lagi lima kali sehari ( rujuk 1 Petrus 3:21 ; Yohanes 15:3 ; 1 Yohanes 1:7)

SOALAN 4: Kenapa orang Kristian tidak mengamalkan Sembahyang Lima Waktu Islam (Solat)? Rujuk Nehemia 8:5-6 dan Matius 4:10

Jawapan: Alkitab tidak menyatakan di mana-mana bahawa setiap umat Kristian harus melakukan posisi badan tertentu untuk berdoa, malahan Alkitab memberikan banyak contoh-contoh kedudukan atau posisi badan semasa berdoa. Sesetengah posisi ini sama dengan cara orang Islam sembahyang Solat contohnya berdiri (Markus 11:25), sujud (Mazmur 99:5). Sesetengah posisi ini berbeza daripada Solat seperti berlutut (Mazmur 95:6 ; Kis 20:36), mengangkat tangan ( Yesaya 1:15), mengangkat tangan ke arah Rumah Tuhan di Yerusalem (1 Raj 8:38).

Doa khusus yang diamalkanoleh orang Yahudi dalam Nehemiah 8 adalah berbeza daripada Solat. Contohnya mereka berdoa dalam bahasa Yahudi bukan bahasa Arab, mereka melakukan upacara sembahyang ini berterusan dari pagi hingga tengah hari dimana lelaki dan perempuan sama-sama hadir. Apabila mereka mengangkat tangan mereka, ini kelihatan seolah olah Solat tetapi ada banyak cara untuk mengangkat tangan. Alkitab tidak mengatakan mereka mengangkat tangan mereka ke telinga seperti yang dilakukan oleh orang Islam. Begitu juga apabila disebut bahawa mereka menyembah Tuhan dengan muka mereka di atas tanah, mungkin mereka terus sujud dengan cara bertiarap dia atas tanah. Tiada penerangan terperinci yang diberikan tentang cara mereka ketika itu.

Walaupun buku Nehemia mewajibkan kepada orang Yahudi cara sembahyang yang sama seperti cara orang Islam, hukum ini tidak wajib kepada orang Kristian. Orang Kristian tidak mengamalkan cara sembahyang yang sama dengan orang Yahudi. Yesus tidak memberi sebarang arahan tentang bagaimana posisi badan yang wajib diikuti semasa berdoa, sama ada berlutut, berdiri dansebagainya. Arahan Yesus tentang berdoa ialah kitaharus menyucikan hati, kita harus mempunyai iman yang benar sehingga kita mengampuni kesalahan musuh-musuh kita dan cepat berdamai dengan musuh. ( Matius 5:23-24 ; Matius 6: 5-6 ; Yohanes 15;7)

SOALAN 5: Kenapa Kristian tidak melaungkan Azan dengan kuat seperti yang dilakukan orang Islam? Dalam Alkitab tidak menyuruh loceng dibunyikan tetapi ada diberikan contoh panggilan sembahyang seperti dalam Nehemia 9:4.

Jawapan: Jika anda membaca Nehemia 9 dengan teliti anda akan dapati dari ayat pertama bahawa ini bukan merupakan “panggilan sembahyang”. Orang Yahudi sudah berkumpul (ayat 1), mereka sudah melaksanakan upacara sembahyang tersebut selama 6 jam (ayat 3), dinyatakan juga dalam fasal tersebut terdapat beberapa orang yang berdoa kepada Tuhan dengan suara yang nyaring (ayat 4). Sekali lagi ini bukan merupakan “panggilan sembahyang” yang dilaungkan oleh Bilal seperti dalam Islam, tetapi merupakan 8 orang yang berdoa dengan nyaring secara serentak.

Persoalan sama ada perlukah bunyikan loceng atau tidak, itu hanya lah suatukebiasaan atau budaya setempat. Ianya bukan suatu hukum atau peraturan yang wajib diikuti, bukan juga dilarang untuk membunyikan loceng, tetapi lebih merupakan suatu cara yang mudah dan efektif untuk memanggil orang orang Kristian ke gereja. Saya faham orang Islam menganggap doa sebagai aktiviti yang paling penting bagi umatnya dan itu menyenangkan hati Tuhan. Oleh itu, saya berharap agar bila anda mendengar bunyi loceng yang bertujuan memanggil orang Kristian ke gereja anda tidak berasaterganggu sebaliknya merasa gembira.

SOALAN 6: Kenapa orang Kristian tidak berpuasa selama 40 hari, seperti yang dilakukan oleh Yesus? (Matius 4:2)

Jawapan: Ramai orang Kristian berpuasa selama 40 hari setiap tahun, bagi memperingati bagaimana Yesus mengalahkan godaan di belantara dan mempersiapkan diri bagi meraikan penderitaan dan hari kebangkitan Yesus (Minggu Kesengsaraan dan Kebangkitan / Easter). Puasa ini dikenali sebagai “Lent”.

Puasa ‘Lent” (berkaitan dengan ibadah Kristian) adalah suatu budaya yang digalakkan oleh sesetengah gereja untuk diamalkan oleh jemaatnya (seperti Katolik dan C.M.S); ianya bukan suatu hukum yang Tuhan perintahkan setiap orang Kristian patuhi. Tiada rekod dalam Alkitab yang mengatakan Yesus berpuasa 40 hari setiap tahun, Dia hanya melakukan puasa itu sekali sahaja; dan tiada rekod yang mengatakan Yesus menyuruh para pengikutNya menlakukan puasa 40 hari tersebut. Oleh itu setiap gereja bebas melakukan budaya puasanya sendiri; ada yang mengikuti tempoh puasa “Lent”, ada yang berpuasa pada masa-masa tertentu yang lain dengan caranya tersendiri.

Apa yang Yesus ajar kepada semua orang Kristian tentang berpuasa ialah kita haruslah berpuasa bukan dengan tujuan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain, tetapi kita berpuasa kerana Tuhan (Matius 6:16- 18); Alkitab memberikan banyak contoh berpuasa yang bertujuan untuk fokus kepada doa bagi mengalahkan godaan Matius 4:1-11; berpaling dari kejahatan dn ketidakadilan (Yesaya 58:6-7) dan bersyafaat bagi orang lain (Ulangan 9:18-20) dan sebagainya.

SOALAN 7: Kenapa orang Kristian tidak melakukan penziarahan ke tanah suci Yerusalem?

Jawapan: Dalam Islam adalah wajib bagi sesiapa yang mampu dan berkelayakan untuk melakukan penziarahan ke tanah suci; tetapi tiada hukum sedemikian di dalam Kekristianan. Ramai orang Islam percaya mereka boleh bertemu Tuhan diMekah, sesetengah orang Islam percaya sesiapa yang meminum air Zamzam sebelum dia mati akan beroleh pengampunan bagi dosa-dosanya, atau sesiapa yang mendaki bukit Arafat akan terus masuk syurga.

Tetapi bagi orang Kristian, idea-idea sedemikian tidak wujud dalam kepercayaan Kristian. Orang Kristian percaya bahawa iman dalam Kristus akan membawa kepada keselamatan, bukannya mendaki mana-mana bukit atau meminum mana-mana air.

Sebagai Kristian, sudah tentunya menggembirakan jika berpeluang untuk pergi dan melihat sendiri tempat di mana Yesus Kristus tinggal di bumi ini, mengetahui bagaimana rupa kampung Yesus, supaya kita mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kehidupannya seterusnya dapat lebih memahami Injil Tuhan. Semua ini hanyalah sebagai motivasi rohani dan bukannya kewajipan yang harus dipenuhi.

SOALAN 8: Kenapa agama Kristian terbahagi kepada banyak gereja, setiap satunya menyembah Tuhan mengikut caranya sendiri?

Jawapan: Seperti yang sudah dijelaskan sebelum ini, tiada satu cara khusus dalam penyembahan (contohnya, bagaimana cara berdiri, berlutut, apa bahasa yang harus diguna, dsbg) yang wajib diikuti oleh semua orang Kristian di seluruhdunia. Yesus Kristus tidak mengajarkan satu cara yang khusus. Sudah tentu Yesus ada mengajarkan bahawa hanya terdapat satu jalan sahaja menuju kerajaan syurga tetapi “jalan” itu bukan merujuk kepada liturgi atau cara sembahyang. “Jalan” itu merujuk kepada iman yang benar dan hidup yang benar.

Berkenaan iman Kristian, seluruh gereja Kristian di seluruh dunia bersatu dalam banyak hal. Kesemua gereja ini percaya kepadaAlkitab ( rujuk Soalan 12), semua gereja mengucapkan doa Bapa Kami dan adalah jarang sekali anda menemui gereja Kristian yang tidak mengakui “Pengakuan Iman Rasuli”.

Selain itu, bukanlah perkara yang menghairankan jika terdapat sedikit perbezaan dalam tafsiran dan penekanan. Sesiapa yangbenar-benar mempunyai keyakinan mendalam dalam agamanya tidak akan berkompromi dalam perkara ini iaitu tafsiran dan penekanan beberapa hal; oleh itu wujudlah denominasi yang berbeza dalam gereja.

Tiada salah dalam hal ini, yang penting semua gereja percaya kepada Tuhan yang sama iaitu Yesus Kristus dan Kristus akan memberikan pengertian antara satu sama lain sehingga dapat bekerja bersama bagi kemuliaan Tuhan.

Orang Islam tiada alasan yang baik untuk mengkritik orang Kristian dalam hal ini. Orang Islam sendiri mempunyaicabang alirannya, seperti Gerakan Ahmadiya (Rabwah) yang mempercayai pengasasnya sebagai seorang lagi nabi selepas Muhammad; “Pengikut Qur’an” yang menolak wibawa Hadis (Tradisi); aliran Shi’ah dan Sunni contohnya. Pada masa kini kedua-dua pihak Islam dan Kristian perlu berusaha untuk menangani semua perbezaan yang ada dalam komuniti masing-masing.

 

SOALAN- SOALAN TENTANG ALKITAB

SOALAN 9: Kenapa orang Kristian hanya mempercayai satu bahagian dalam Lakitab dan menolak Perjanjian Lama? Bukankah Yesus sendiri berkata, “Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semuaajaran itu berlaku.” – (Matius 5:17)

Jawapan: Kristian mempercayai keseluruhan Alkitab, dari awal hingga akhir, tetapi kami mempelajari Perjanjian Lama tidak sama seperti Perjanjian Baru. Bahagian pertama Alkitab iaitu Perjanjian Lama terdiri daripada nubuat/ramalan dan janji-janji Tuhan. Melalui pengajaran yang Tuhan berikan kepada bangsa Israel,menggunakan pekerjaan Tuhan yang dilakukanNya untuk menyelamatkan bangsa Israel, kami melihat bahawa Tuhan menunjukkan kepada Israel sedikit demi sedikit secara berterusan tentang Penyelamat yang akan datang. Apabila Penyelamat itu datang, Dia telah “memenuhi” semua ramalan/nubuat dan janji di dalam Perjanjian Lama, Dia membawa satu bentuk hubungan baru antara Tuhan dan manusia, hubungan inilah yang tertulis dalam bahagian kedua Alkitab yang dikenali juga sebagai Perjanjian baru.

Jadi orang Kristian tidak menganggap Perjanjian Lama “terbatal” atau “ditolak”. Orang Kristian menerima Perjanjian lamasebagai sebahagian dari Firman Tuhan, yang mengajar kita untuk menyembah Tuhan sahaja, mengajar kita untuk berbuat kebaikan, tidak berbohong, tidak mencuri, tidak berzinah dan sebagainya.

Perjanjian Baru tidak akan dapat difahami tanpa pengetahuan akan apa yang telah berlaku sebelumnya, di dalam Perjanjian Lama. Walau bagaimanapun bergunanya pengajaran dalam Perjanjian Lama, ianya tetap tidak sempurna seperti Injil Yesus Kristus.

Ketika Yesus mengatakan bahawa Dia akan “memenuhi” hukum Taurat Musa, penggenapan hukum ini bukan bermaksud mengikut setiap satu hukum dan peraturan orang Yahudi secara terperinci, seperti mempersembahkan korban bakaran dsbg. “Memenuhi” bermaksud Yesus menunjukkan maksud sebenar tersebut dan melakukannya dengan sempurna. Sebagi contoh, Musa memberi hukum bahawa kita tidak boleh membalas dendam secara keterlaluan, pembalasan yang sederhana dibenarkan seperti “mata ganti mata”. Tetapi Yesus menunjukkan pengajaran yang sempurna dalam hukum ini, Dia “memenuhi”nya dengan mengajarkan lebih baik jangan membalas dendam terhadap sesama – Matius 5:38-41; Roma 12:19-21)

SOALAN 10: Kenapa orang Kristian makan daging babi, sedangkan hal ini dilarangdalam Alkitab- rujuk Imamat 11:7; Ulangan 14:8 ; Yesaya 16:17.

Jawapan: Dalam Qur’an sendiriada JAWAPAN kepada SOALAN ini, menurut Qur’an Yesus berkata kepada para muridNya “AKU AKAN MEMBENARKAN KAMU MELAKUKAN BEBERAPA PERKARA YANG DILARANG BAGI KAMU SEBELUM INI” – 3.50. Dalam hukum Taurat Musa, memakan daging babi adalah dilarang sama sekali, semua ayat yang disebut dalam SOALAN ini diperolehi dari Taurat ini. Tetapi apabila Yesus datang dengan Injil, Dia memberi kebenaran kepada para pengikutNya untuk makan apa sahaja jenis daging – ( sudah semestinya kita tidak boleh makan daging yang akan menyebabkan mudarat kepada kita). Yesus berkata “Tiada sesuatu pun dari luar yang masuk ke dalam seseorang, dapat menajiskan dia. Sebaliknya, apa yang keluar daripadaseseorang menajiskan dia….kerana dari hatilahtimbul fikiran jahat yang membuatkan orang berbuat cabul, merompak, membunuh, berzina, tamak, melakukan segala perkara yang jahat, seperti menipu, berbuat yang tidak senonoh, cemburu, memfitnah, sombong dan tidak berbudi pekerti. Semua perkara jahat ini timbul dari dalam dan hal itulah yang menajiskan orang” – Markus 7:15 dan 21-23; Kis 10:9-16 ; 1 Tim 4:3-5.

SOALAN 11: Adakah Tuhan Allah sendiri penulis Alkitab? Jika Tuhan adalah penulisnya, jelaskan adakah Dia merasa sejuk apabila Dia menulis meminta Timotius membawakan baju panasnya yang ditinggalkannya? ( II Tim 4:13)

Jawapan: Kami percaya bahawa Alkitab ditulis dengan ilham Tuhan. Tetapi pada pandangan kami, ilham Tuhan melalui nabi-nabi dan utusanNya tidak bermaksud Tuhan menggunakan mereka sebagai “pembesar suara”, yang mana saluran tersebut tidak menyumbang peranan tersendiri dalam penyampaian mesej tersebut (Pembesar suara hanya berfungsi sebagai saluran menyampaikan suara tetapi tidak dapat berfikir sendiri!)

Menurut pandangan kristian, penulis yang mendapat ilham Roh Kudus tidak semestinya berada dalam keadaan khayal, atau melihat malaikat, atau menerima buku yang turun dari syurga; selalunya Tuhan memimpin pemikiran dan pengalaman penulis untuk membantunya lebih memahami rancangan Allah. Oleh itu, apa yang ditulis oleh penulis adalah mesej dari Tuhan yang datang melalui hati dan fikiran, yang merupakan firman Tuhan sepenuhnya. Dari itu kita tahu bahawa Rasul Paulus sendiri yang mengalami sejuk dan bukannya Tuhan! Tetapi melalui pengalaman Paulus (mungkin juga melalui pengalaman sejuknya) Tuhan memberikan wahyu dan pemahaman terhadap firmanNya supaya Paulus dapat menyampaikan firman itu kepada kita.

SOALAN 12: Kenapa Alkitab yang kamu gunakan tidak sama seperti Alkitab yang idgunakan oleh Katolik?

Jawapan: Alkitab yang digunakan oleh Katolik mempunyai kitab tambahan yang dikenali sebagai “Apokripa” yang terletak di antara Perjanjian Lama dan Perjanjian baru. Bahagianini dibaca juga oleh Kristian yang lain, kami hanya mencetak bahagian ini berasingan daripada Perjanjian lama dan Perjanjian Baru. Buku ini memberikan contoh tambahan dan juga pengajaran tambahan tentang perbuatan baik tetapi tidak mengajarkan asas ajaran menurut iman Kristian seperti yang ada dalam Perjanjian Lama dan Baru. Jadi, sama ada bahagian ini dicetak bersama atau berasingan tidak mengubah apa-apa dalam kepentingan iman Kekristianan.

SOALAN 13: Kenapa orang Kristianmembuat perubahan dalam Alkitab?

Jawapan: Ramai orang Islam mahu menterjemah Qur’an ke dalam bahasa lain – ada yang melalui percetakan, ada yang melalui pengajaran secara lisan. Bolehkah anda katakan bahawa setiap orang Islam yang menterjemah Qur’an ke dalam bahasa Inggeris menggunakan perkataan yang serupa? Tentunya tidak! Ini bukan bermaksud terdapat terjemahan yang salah. Oleh kerana satu perkataan biasanya mempunyai beberapa makna atau tafsiran yang berlainan, dan adalah sukar untuk mengetahui nama satu terjemahan yangpaling tepat untuk suatu situasi, kadang-kadang terjemahan tambahan juga adalah benar.

Alkitab ditulis dalam bahasa Yahudi, Aramik dan Yunani, dan para sarjana dalam bahasa ini seringkali cuba untuk lebih memahami kandungan Alkitab. Para sarjana ini terus menerus memikirkan bagaimana menterjemah Alkitab ke dalam bahasa yang paling sesuai dengan peredaran masa. Anda harus ketahui bahasa bahasa Inggeris yang digunakan zaman ini amatlah berbeza dengan bahasa Inggeris yang digunakan zaman dahulu. Oleh itu Bahasa Inggeris Moden lebih mudah difahami sekarang berbanding versi Alkitab yang diterjemah beratus tahun dahulu.

Tambahan pula, kesemua salinan Alkitab yang terdahulu, sebelum terciptanya percetakan, salinan salinan Alkitab tersebut dihasilkan melalui tulisan tangan sebagai “manuskrip”. Sesiapa sahaja yang menyalin secara tulisan tangan, tidak kira membuat salinan Alkitan atau Qur’an, pastinya akan membuat kesilapan kecil dari masa ke semasa. Oleh itu, usaha gigih dan penuh hati-hati serta teliti harus dilakukan bagi memastikan versi yang paling boleh dipercayai dapat ditemui sekiranya terdapat sedikit perbezaan antara manuskrip. Banyak manuskrip dibandingkan atau dibaca berulang bagi membolehkan kita mendapat salinan Alkitab dan Qur’an yang ada sekarang ini.

Jadi apabila orang Kristian menghasilkan versi baru Alkitab, itu bukan bermaksud mengubah Alkitab! Apa yang dilakukan ialah memastikan isi kandungan Alkitab diterjemah dengan berhati-hati ke bahasa yang lebih mudah difahami dari masa ke semasa.

SOALAN 14: Adakah benar orang Kristian telah memadamkan nama Muhammad dari Alkitab?

Jawapan: Semasa zaman Muhammad, sudah trehasil ribuan salinan Alkitab yang tersebar ke serata dunia dalam pelbagai bahasa. Walaupun orang Kristian berniat untuk mengubah isi kandungan Alkitab dan memadamkan nama Muhammad dari Alkitab, usaha untuk mengumpulkan kesemua Alkitab yang sudah tersebar ke seluruh dunia dalam pelbagai bahasa dalam jumlah yang sangat banyak itu adalah mustahil. Malahan tiada seorang pun pernah menemui satu salinan Alkitab yang mengandungi nama Muhammad di dalamnya.

Sedangkan Qur’an sendiri menjadi saksi kepada Taurat dan Injil yang ada digunakan oleh orang Yahudi dan orang Kristian pada zaman Muhammad. Qur’an bersaksi bahawa firman Allah yang ada dalam Kitab-kitab orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) adalah benar (Qur’an 3:3; 5:68 ; 10:94). Banyak salinan awal Alkitab, yang sudah ada dalam kalangan orang Kristian sebelum dan selepas zaman Muhammad, masih ada sehingga ke hari ini, dan tiada percanggahanantara Alkitab tersebut dengan Alkitab sekarang ini. Jadi kami boleh katakan dengan yakin bahawa Alkitab yang dimaksudkan dalam Qur’an masih ada untuk tujuan pengkajian masa kini.

Sesetengah orang Islam telah keliru dengan “Injil Barnabas” yang dipalsukan, yang mana dalam injil ini nama Muhammad ada disebut. Buku ini tidak pernah menjadi sebahagian daripada Alkitab, buku ini juga bukan ditulis oleh Rasul barnabas. Buku tersebut ditulislama selepas zaman Muhammad, dan tiada rekod tentang kewujudan buku tersebut sehingga tahun 1500 AD, ketika buku ini ditemui buku itu ditulis dalam bahasa Itali. Ianya tidak boleh disalahfaham atau dikelirukan dengan Surat Barnabas yang merupakan dokumen asli, tetapi tidak pernah menjadi sebahagian daripada Alkitab juga. Surat barnabas tidak pernah menyebut tentang nama Muhammad.

SOALAN 15: “tetapi apabila Allah membuat semuanya sempurna, maka yang tidak sempurnaakan lenyap” – 1 Kor. 13:10; cf. Ibrani 6:1. Bukankah ayat ini menunjukkan bahawa Alkitab adalah tidak sempurna dan kitab yang suci akan datang selepasnya – contohnya Qur’an?

Jawapan: 1 Kor. 13: 8-13 menyatakan bahawa pengetahuan manusia tidak sempurna semasa ia di dunia ini. Tetapi di dalam dunia yang akan datang, pengetahuan yang tidak sempurna itu akan berlalu (ayat 8), bagi orang yang percaya akan dapat melihat wajah Tuhan dengan jelas (ayat 12) dan memahami seperti mana Tuhan memahami kita. Kesimpulannya, kita tidak harus berbangga dengan pengetahuan kita atau dengan karunia roh di dunia ini – hanya iman, pengharapan dan kasih yang akan bertahan.

Oleh itu, ayat tersebutlangsung tiada kaitan dengan mana satu antara Alkitab atau Qur’an sendiri yang lebih betul atau sempurna, ataupun perbandingan antara Islam dan Kristian.

PENYOAL tersebut sudah membuat kesilapan dengan mengambil ayat di luar konteks, sedangkan sepatutnya PENYOAL harus membaca ayat tersebut bersama dengan ayat sebelum dan selepasnya. Penyoal hanya mengambil ayat sedikit-sedikit di sana sini untuk tujuan perdebatan dan bukannya dengan tujuan benar-benar mahu mempelajari dan memahami Firman Tuhan.

Demikian juga dalam Ibrani 6:1 (Versi terdahulu) yang mengatakan kita harus “meninggalkan prinsip doktrin Kristus” dan “menuju je arah kesempurnaan” bukan bermaksud kita menolak ajaran Kristus atas dasar ketidaksempurnaan dan menggantikannya dengan ajaran nabi yang terakhir! Lihat semula kepada keseluruhan ayat satu. “prinsip” yang dimaksudkan oleh penulis yang harus kita “tinggalkan” adalah pertaubatan dan iman terhadap Tuhan. Adakah mungkin bermaksuda bahawa Alkitab menyuruhkita agar tidak lagi bertaubat dan beriman kepada Tuhan? Seorang Islam yang benar pastinya tidak akan bersetuju dengan pemahaman ini!

“Prinsip” adalah perkataan Inggeris lama untuk “Prinsip pertama” atau “peringkat asas” ; maksud penulis ialah, dia sudah bosan mengulang-ulang ajaran asas yang sepatutnya sudah difahami oleh pembacanya, dan penulis mahu pembacanya melangkah maju ke peringkat berikutnya yang sesuai dengan Kristian yang sudah matang.

 

SOALAN -SOALAN TENTANG YESUS

SOALAN 16: Adakah Yesus seorang pencuri, apabila dia membenarkan para pengikutnya memetik dan memakan gandum yang dilalui mereka di ladang gandum – Matius 21:1-2? Atau ketika dia menyuruh pegikutnya mengambil keldai – Matius 21: 1-3 dan 6-7?

Jawapan: Ulangan 23: 25 menunjukkan bahawa apabila pengikut Yesus memetik gandum dan memakannya itu bukan perbuatan mencuri, itu merupakan satu tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang agama dan bangsa mereka. Pemimpin Yahudi merungut hanya kerana mereka memetik gandum pada HARI SABAT, hariperhentian dari segala pekerjaan.

Lukas 19:33-34dan Markus 11:6 (..lalu orang di situ pun membiarkan mereka pergi”) menunjukkan bahawa pengikut Yesus melepaskan keldai itu di hadapan pemiliknya dan dengan kebenaran pemilik keldai tersebut. Tambahan lagi Yesus dan pengikutNya melakukan ini bagi memenuhi nubuat dalam Zakharia (9:9). Qur’an sendiri menjadi saksi bahawa Yesus merupakan “orang yang benar” (3:46). Berapa ramai orang Islam yang meragui Qur’an dan memanggil Yesus pencuri?

SOALAN 17: Kenapa Yesus bersikap tidak menghargai ibunya? Dia memanggil ibunya “perempuan” dan berkata kepadanya “Apa yang engkau mahu aku buat? Masaku belum tiba.” – Yohanes 2:1-11

Jawapan: Qur’an sendirinya menunjukkan kepada orang Islam bahawa Yesus bukannya tidak menghargai ibunya, kerana ada dinyatakan Yesus berkata (Tuhan telah menjadikan aku) menghormati ibuku, dan tidak menjadikan aku angkuh” -19:32.

Setiap suku bangsa mempunyai adat dan budayanya masing-masing, seorang anak memanggil ibunya perempuan adalah kebiasaan di kalangan orang Yahudi dan Yunani. Ini jelas dalam Yohanes 19:25- 27, ketika Yesus sedang tergantung di atas kayu salib dan memikirkan dengan penuh kasih wanita yang akan ditinggalkanNya berkabung sendirian, sekali lagi Dia memanggilnya “perempuan”.

Saya akui bahawa soalan “apa yang engkau mahu aku buat?” mungkin kedengaran kasar bagi dalam budaya lain, tetapi jika anda baca dengan teliti anda akan dapati bahawa ibu Yesus tidak tersinggung dengan pertanyaan itu, malahan dia mengetahui bahawa Yesus akan melakukan seperti yang dikatakannya (ayat 5). Setelah itu kita lihat apa yang Yesus lakukan pada hari itu bagi kemuliaan Tuhan (ayat 11) sehingga melalui perbuatanNya ramai orang percaya kepadaNya. Jika kata-kata Yesus bersifat tidak menghormati dan kasar, pastinya perbuatanNya selepas itu tidak memberikan kesan positif kepada orang ramai.. jadi perkataan Yesus hanya bermaksud “apa yang engkau fikirkan tidak sama dengan apa yang aku fikirkan. Engkau bimbang jika tuan rumah mendapat malu, tetapi apa yang aku utamakan ialah menunjukkan kemuliaan Tuhan apabila ‘masanya sudah tiba’.”

SOALAN 18: Adakah Yesus dihantar sebagai utusan kepada orang Israel sahaja? Dalam Matius 10:5-6 Yesus berkata, “Janganlah pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau bandar orang Samaria. Pergilah kepada orang Israel, yang seperti domba sesat.”

Jawapan: Rujukan bahawa Yesus adalah dihantar untuk menyelamatkan semua orang di seluruh dunia, lihat Matius 28:18-19, di manaYesus berkata “AKU TELAH DIBERIKAN SEGALA KUASA DI SYURGA DAN BUMI. Pergilah kepada SEMUA BANGSA di seluruh dunia…”, dan Yesus juga berkata dalam Lukas 24:47, “Demi namaNya (Yesus), perkhabaran bahawa manusia mesti bertaubat daripada dosa dan bahawa Allah akan mengampunkan dosa mesti diisytiharkan kepada SEMUA BANGSA mulai dari Yerusalem”.

Kenapa Yesus pernah berkata “Janganlah pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau bandar orang Samaria”? anda harus tahu bahawa Matius 10:1-5 adalah peristiwa pertama di mana Yesus mengutus para pengikutNya untuk menginjil. Dalam situasi ini, Dia mahu fokus kepada penginjilan di kalangan orang Israel sahaja, menurut kata-kata yang berbunyi “Didikan bermula dari rumah” (Kita harus menyapu rumah dari dalam ke luar). Tetapi bukan bermaksud di masa akan pengikut Yesus hanya akan menginjil di kalangan orang Israel sahaja. Lukas 9:52 menunjukkan kejadian di masa yang lain di mana Yesus mengutus para pengikutNya kepada orang Samaria. Yesus sendiri juga mengijili seorang wanita Samaria dan orang kampung perempuan tersebut, malah tinggal dikalangan mereka selama dua hari. Jadi semasa zamannya pun kita boleh lihat bahawa Yesus bukan hanya berfokus kepada orang Yahudi sahaja. Malahan selepas kematianNya dan pada masa kebangkitanNya, masa sudah tiba untuk menyatakan berita keselamatan untuk seluruh dunia.

Qur’an menggambarkan beberapa kali Yesus sebagai utusan dan contoh bagi Umat Israel (3:49 ; 43:59), tetapi tiada disebut di mana-mana dalam Qur’an bahawa Yesus hanya dihantar kepada orang Israel sahaja. Malahan, Qur’an menyebut Yesus sebagai “tanda bagi seluruh dunia” (ayat li-1-‘ alamin) dan tanda bagi umat manusia (21:91 dan 19:21)

SOALAN 19: Sesetengah orang Islam menuduh Yesus membenci orang dari bangsa lain,dalam kata-kata Yesus kepada seorang wanita Kanaan, “Aku diutus hanya kepada domba Israel yang seperti domba yang sesat”, dan “tidaklah patut mengambil makanan anak-anak lalu melemparkannya kepada anjing.” – Matius 15:21-28

Jawapan: Bagi menunjukkan Yesus tidak membenci bangsa lain, lihat bagaimana Dia menyembuhkan seorang pesakit kusta bangsa Samaria (Lukas 17:11-19) dan hamba seorang ketua askar Roma (Matius 8:5-13). Yesus memuji seorang yang bukan bangsa Israel, mengatakan bahawa iman mereka melebihi orang Israel dan ramai di antara mereka akan masuk ke syurga sedangkan orang Israel ada yang tidak akan masuk syurga (Matius 8:10-12, lukas 10:13-14). Yesus juga menceritkan perumpamaan Orang Samaria yang baik hati, yang menunjukkan kebaikan dan memalukan beberapa orang Israel yang mementingkan diri sendiri (Lukas 10:29-37)

Kita harus mentafsir kisah dalam Matius 15:21-28 bersama dengan rujukan kisah dalam fasal yang lain. Yesus mengkehendaki iman daripada mereka yang akan disembuhkan dan Dia seringkali menguji iman mereka dalam banyak cara (Matius 9:22 dan 28-29). Yesus menguji iman wanita Kanaan tersebut dengan mengatakan, “Engkau tahu bahawa bangsa Israel memanggil kamu anak anjing. Adakah kamu percaya bahawa Aku, seorang Israel akan menolongmu?” JAWAPAN wanita Kanaan itu menunjukkan dia benar-benar percaya kuasa dan kebaikan Yesus, dia menjawab dengan bijaksana, “Panggillah aku anak anjing jika itu yang engkau mahu, tetapi sedangkan anjing pun mendapat sisa makanan yang jatuh dari meja tuannya! Aku percaya tuan akan menolong aku dan menyembuhkan anak perempuanku.” Yesus tidak menolak atau membenci wanita itu, Dia malah memuji iman wanita tersebut dan menyembuhkan anak perempuannya.

SOALAN 20: Adakah Yesus memakai serban? Jika demikian, mengapa orang Kristian tidak mengikut caranya berpakaian? Lihat Zakaria3:3-5 ; Yehezkiel 24:17

Jawapan: Tiada direkodkan di mana-mana dalam Alkitab bahawa Yesus memakai serban. Bagaimana pun, oleh kerana memakai serban adalah kebiasaan dan budaya di negara Timur, adalah mungkin Yesus memakai serban sekali-sekala. Oleh itu, kadang kadang lukisan Yesus menunjukkan Dia memakai serban.

Ini bukan bermaksud Yesus seorang Islam; seorang Kristian juga akan memakai serban, terutamanya di negara yang panas dan berhabuk, seorang Islam boleh saja memakai sebarang jenis penutup kepala. Itu hanyalah suatu budaya dan kebiasaan. Orang Kristian tidak memakai pakaian yang sama dengan Yesus Kristus, tetapi orang Kristian mempercayaiNya dan mematuhi ajaranNya.

Ayat yang diambil dari Zakaria dan Yehezkiel tersebut hanyalah suatu rekod berkenaan suatu peristiwa, atau penglihatan, tentang seseorang yang memakai serban. Perkara tersebut, memakai serban, tidak dijadikan hukum dan peraturan.

SOALAN 21: Yesus berdoa di Taman Getsemani seperti ini, “Ya, bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripadaKu” – Lukas 22:42. Di dalam Ibrani 5:7 juga ditunjukkan bahawa Yesus “berdoa dan memohondengan seruan dan tangisan kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan Dia daripada kematian. Oleh sebab Yesus merendahkan diri dan taat kepada Allah, Allah mendengarkan permintaanNya.” Ayat ini menunjukkan bahawa Tuhan tidak membenarkan Yesus mati di atas kayu salib.

Jawapan: Tolong jangan berhenti membaca di tengah-tengah ayat, tetapi teruskan membaca doa Yesus, “Tetapi janganlah turut kehendakKu, melainkan kehendakMu berlakulah”. Alkitab mengajar bahawa Allah mahu Yesus mati bagi kita semua yang berdosa (Yesaya 53 ayat5 & 10 -12 ; Markus 8:31 ; 10:45.

Doa Yesus di Taman Getsemani menunjukkan Dia mempunyai sifat semulajadi manusia yang ingin melepaskan diri dari penderitaan jika boleh – tetapi lebih penting adalah Dia bersedia melakukan kehendak Bapa di Syurga, maka Dia sedia bertemu dengan musuhNya dan membiarkan mereka mengambil nyawaNya. Dia menyerahkan nyawaNya dengan percuma demi memenuhi rancangan Allah ( Markus 15:24 , 37 dan 39 ; Yohanes 10:11. 17-18).

Surat Ibrani dengan jelas mengajar bahawa Yesus mati, 13:20. “Allah sudah membangkitkan Tuhan kita Yesus dari kematian…” Apakah pula maksud Ibrani 5:7? Tentunya Allah “mendengar” doa Yesus dan “menyelamatkan Dia dari kematian”. Tetapi Allah menyelamatkan Yesus bukan dengan menghindari Dia dari kematian-tetapi dengan membenarkan kematianNya dan membangkitkan Dia dari kematian.

SOALAN 22: Oleh kerana para pengikut Yesus melarikan diri ketika Yesus ditangkap, mereka tidak menyaksikan penyaliban Yesus. Tidakkah anda percaya bahawa orang lain yang menggantikan tempat Yesus di kayu salib? Atau sekiranya Yesus disalibkan, mungkin dia hanya pengsan di atas kayu salib dan masih hidup ketika dia diturunkan dari kayu salib?

Jawapan: Memang benar para pengikut Yesus melarikan diri pada mulanya (Matius 26:56). Tetapi kemudiannya mereka mengikut Yesus dari jauh, dan dari jauh mereka melihat bagaimana Dia mati di atas kayu salib (Matius 26:58 dan 27:55, Lukas 23:48-49), dan bagaimana mayatNya diturunkan dari kayu salib dan dikuburkan (Matius 27:56-61). Selepas itu para pengikutNya menyaksikan apa yang mereka lihat (Yohanes 19:30-35 ; Kis10:39). Yesus Kristus sendiri juga bersaksi bahawa Dialah yang menderita mati di atas kayu salib, dan bangkit dari antara orang mati (Lukas 24:39 & 44-48).

Cerita bahawa “Yesus hanya pengsan” menunjukkan Yesus seorang penipu, sedangkan Dia mengatakan Dia bangkit dari kematian. Tiada seorang Islam akan menerima kenyataan Yesus penipu!

SOALAN 23: Adakah adil bagi seorang yang tidak berdosa mati bagi seorang yang berdosa? Dalam Amsal ada dinyatakan tangan yang berbuat jahat harus dipotong dengan pisau. Yehezkiel 18:20 mengatakan, “Orang yang berdosa akan mati. Seorang anak tidak usah menanggung akibat daripada dosa bapanya…”

Jawapan: (i) Ada banyak contoh dalam kehidupan yang menunjukkan seorang mati bagi menyelamatkaan seorang yang lain, seorang yang tidak bersalah mungkin sahaja akan menderita menggantikan orang yang bersalah: Pengalaman seperti ini bukanlah asing bagi kita.

(ii) Jika kita memikirkansegala kesalahan kita di hadapan Tuhan, tiada manusia lain boleh menanggung kesalahan orang lain. Itulah yang dimaksudkan oleh Yehezkiel.

(iii) Yesus Kristus berbeza daripada makhluk lain yang dicipta. Dia ialahperibadi yang dipilih oleh Tuhan untuk menjadi penghubung antara Allah dan manusia, Dia ialah “Hamba yang Benar” yang sudah dinubuatkan akan menyerahkan nyawaNya kepada maut untuk menanggung dosa ramai orang ( I Tim 2:5 ; Yesaya 53:11-12 ; Markus 10:45). Yesus ialah peribadi yang boleh menghapus segala dosa kita kerana Dia tidakberdosa ( I Petrus 2:22- 24)

SOALAN 24: Yesus tidak membenarkan diriNya dibunuh, kerana Dia menyuruh pengikutNya membeli pedang untuk melawan.

Jawapan: Jika kita menyuruh sesiapa untuk “mengikat pinggangnya”, kita bercakap dalam bentuk perumpamaan, kita tidak maksudkan menyuruh orang tersebut betul-betul mengikat talipinggang di pinggangnya; dalam hal ini kita maksudkan agar orang tersebut “berjimat-cermat”. Begitu juga keadaannya apabila Yesus bercakap dalam bentuk perumpamaan ketika Dia mengatakan “..orang yang tidak mempunyai pedang, mesti menjual jubahnya untuk membeli pedang,”(Lukas 22:36); kerana dalam situasi ini masa itu tengah malam dan tiada tempat di mana mereka boleh pergi untuk membeli pedang; tambahan lagi apabila salah seorang pengikutNya mengeluarkan pedangnya dan memotong telinga salah seorang musuh, Yesus serta merta menyuruhnya menyimpan kembali pedang tersebut – “…kerana semua orang yang menggunakan pedang akan terbunuh dengan pedang,” ( Matius 26:51-52).

Jadi maksud Yesus dengan perumpamaan tersebut ialah para pengikutNya harus bersedia menghadapi bahaya dan penderitaan. Apabila para pengikutNya tidak memahami maksud perumpamaan ini dan menjawab mereka sudah mempunyai dua pedang, Yesus menjawab “sudah cukup”. Ini bukan bermaksud dua pedang sudah cukup untuk mempertahankan diri mereka terhadap serangan askar Roma! maksudNya ialah “senyap” dan “jangan bercakap yang bukan bukan lagi” (Lukas 22:38)

SOALAN 25: Apabila Yesus Kristus kembali ke dunia ini, adakah anda percaya Dia akan melaksanakan doa cara Islam, mengamalkan puasa Ramadhan, membunuh semua babi, menjadi bapa bagi sebuah keluarga, mati dan dikuburkan di sebelah nabi Medina?

Jawapan: Tidak, tiada kenyataan sedemikian di dalam Alkitab, kenyataan tersebut juga tiada di dalam Qur’an. Ini hanyalah Tradisi Islam (Hadis) tentang Mahdi yang akan datang di akhir zaman. Seetengah orang Islam mentafsir Mahdi sama seperti Yesus.

Alkitab ada menyatakan tentang kedatangan Yesus kali kedua, tetapi bukannya untuk menjalani kehidupan manusia seperti kita, Dia datang sebagai hakim ke atas yang masih hidup dan sudah mati. Dia akan menghancurkan semua kejahatan di bawah kakiNya, dan membawa semua orang yang benar dan taat kepada kemuliaan yang kekal. Qur’an juga bersaksi bahawa Yesus akan membangkitkan semua orang yang mengikut Yesusterlebih dahulu sebelum orang yang tidak percaya, sehingga hari kebangkitan (3:55). Oleh itu, amatlah penting bagi orang Islam dan Kristian untuk memeriksa kesemua bukti yang ada untuk mengetahui apakah cara yang benar untuk mengikuti Yesus.

SOALAN 26: Adakah Yesus bercakap tentang Muhammad apabila Dia menyebut tentang Penghibur?

Jawapan: Sebelum SOALAN ini diselesaikan, adalah penting untuk membaca apa yang Yesus katakan tentang Penghibur; ianya tidak mencukup untuk mengambil dua atau tiga ayat sahaja. Sila baca Yohanes Pasal 14, ayat 16 – 17 & 26 ; Pasal 15, ayat 26; Pasal 16, ayat 7-15. Jika dan hanya jika kesemua ayat ini menggambarkan Muhammad barulah kita boleh katakan bahawa Muhammad itulah Penghibur yang dikatakan Yesus.

(i) Yohanes 14:26 mengatakan bahawa Penghibur yang dimaksudkan Yesus ialah Roh Kudus. Tetapi dalam Qur’an, tradisi ( Hadis) dan Tafsir Qur’an tidak pernah menyebut Muhammad sebagai Roh Kudus. Anggapan itu hanyalah dicipta oleh orang Islam dalam masa kebelakangan ini, untuk memberikan suatu gelaran kepada Muhammad. Dalam Qur’an “Roh Kudus” dikatakan sudah berada bersama Yesus semasa Dia di dunia ini – lama sebelum Muhammad dilahirkan.

(ii) Dalam Yohanes 14:17 Yesus berkata kepada para pengikutNya (Petrus dan yang lain) bahawa Penghibur sudah berada di dalam mereka; tetapi Muhammad belumlahir lagi ketika itu, jadi bagaimana mungkin Muhammad boleh berada bersama Petrus dan yang lain

(iii) Yohanes 15:26 mengatakan bahawa Yesus akan menghantar Penghibur daripada Allah Bapa, namun Muhammad sendiri tidak pernah mengatakan bahawa dia datang dari Allah Bapa (lihat SOALAN 31), ataupun Yesus yang menghantarnya.

Inilah kenyataan yang benar tentang Penghibur: Roh Kudus sudah bekerja semenjak permulaan waktu ( Kejadian 1:2 ; Mazmur 51:11 ; Yohanes 4:24). Tetapi Yesus menubuatkan bahawa selepas kebangkitanNya, Roh Kudus akan datang semula ke bumi, dalam cara yang baru, seperti Penghibur, dan Dia akan memenuhi hati manusia sepenuhnya dengan kuasa Allah. Nubuat ini dipenuhi pada Hari Pentakosta atau hari Ahad yang ke-7 selepas Easter (Whit Sunday), lihat Kisah Para Rasul Pasal 1-4.

 

SOALAN-SOALAN TENTANG ANAK TUHAN

SOALAN 27: “Pencipta syurga dan bumi! Bagaimana mungkin Dia mempunyai anak sedangkan Dia tidak beristeri?” (Qur’an 6:101) Adakah Tuhan mempunyai anak?

Jawapan: Apabila kita bercakap tentang anak, kita bukannya selalu memikirkan tentang anak yang lahir hasil dari perhubungan lelaki dan perempuan. Contohnya, di Afrika sesetengah anak dipanggil anak harimau, ini merupakan nama panggilan yang menunjukkan harapan agar anak tersebut akan mendapat kekuatan dan semangat harimau.

Tidak semestinya harimau berkahwin dengan seorang wanita dan mendapat anak harimau! Jadi kita mahu meyakinkan umat Islam yang tentunya Tuhan tidak pernah mendapatkan anak melalui cara yang kita ketahui biasa terjadi antara lelaki dan perempuan. Idea itu adalah menghujat Allah dan tidak masuk akal bagi kami, seperti mana bagi orang Islam. Lihat Lukas 1:26-35 (“Roh Allah akan datang kepadamu, dan kuasa Allah akan menaungi engkau..” bermaksud maria mengandung melalui kuasa Tuhan yang tidak dapat difahami)

Dalam bahasa Arab ini jelas kelihatan. Ada dua cara menyebut “anak” dalam bahasa Arab dan maksud kedua perkataan tersebut adalah berbeza.

Yang pertama ialah WALAD, yang kedua ialah IBN. Perkataan WALAD bermaksuda anak yang terhasil dari penyatuan lelaki dan perempuan, orang Kristian percaya sesungguhnya yang Tuhan tidak mempunyai WALAD dan mereka dapat bersetuju dengan ayat dalam Qur’an (112) LAM YALID WA LAM YULAD, dan Orang Kristian tidak akan memanggil Yesus WALADDU’LLAH.

Tetapi perkataan IBN membawa maksud “Anak” sebagai metafora atau perumpamaan. Contohnya orang Arab memanggil seorang pengembara IBNU’SSABIL (Anak Pengembara Jalanan – bukan bermaksud jalan laluan pengembara tersebut berkahwin dan mendapat anak!); maka orang Kristian memanggil Yesus IBNU’LLAH (Anak Tuhan – tetapi bukan bermaksud Tuhan berkahwin dan mendapat anak).

Apakah makna gelaran yang sangat istimewa ini?

(i) Selalunya dlam kehidupan harian, kita mengatakan anak ialah “gambaran seorang bapa”, maksudnya kita bukan merujuk kepada fzikal sahaja tetapilebih kepada sifat dan kelakuan. Yesus sendiri mengatakan “orang yang sudah melihat Aku sudah melihat Bapa” dan Alkitab memanggil Yesus “gambaran Allah yang tidak kelihatan” (Yohanes 14:9 ‘ Kolose 1:15) yang merujuk, tentunya bukan sifat fizikal tetapi sifat.

(ii) Dalam kehidupan harian kita menjangka seorang anak mempunyai pengetahuan yang mendalam dan istimewa tentang bapanya, dan kita menjangka seorang anak sentiasa taat kepada kehendak bapanya. Yesus berkata “..tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali Anak dan mereka yangdiberitahu oleh Anak tentang Bapa”. Dan , “..tiada sesuatu pun yang Aku lakukan menurut kehendakKu…Aku sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hatiNYa (Bapa)” – Matius 11:27 ; Yohanes 8:28-29

(iii) Apabila seorang raja mahu memilih Wakil yang lebih hebat dari kesemua pegawai dan penasihatnya, dia akan menghantar anaknya sendiri, dengan harapan orang akan memberi hormat dan sanjungan yang sama seperti yang diberikan kepadanya (Markus 12:1-9). Yesus ialah wakil yang istimewa bagi Allah di kalangan manusia sehinggakan Dia boleh mengatakan “Orang yang tidak menghormati Anak, juga tidak menghormati Bapa yang mengutus Anak” dan “Sesiapa yang percaya kepadaKu, bukan sahaja percaya kepadaKu, tetapi juga Dia yang mengutus Aku” ( Yohanes 5:23 ; 12:44)

SOALAN 28: Adakah orang Kristian dengan sendirinya memanggil Yesus Anak Tuhan, atau adakah Yesus sendiri memanggil diriNya demikian?

Jawapan: Orang Kristian tidak sengaja membuat gelaran ini. Yesus sendiri memperkenalkan diriNya sebagai Anak Allah, seperti berikut:

(i) Dua kali Yesus melihat langit terbuka dan kedengaran suara Tuhan berkata “Engkaulah AnakKu yang Kukasihi, Engkau menyenangkan hatiKu”(Lukas 3:22 ; 9:35)

(ii) Ketika Petrus bersaksi tentang Yesus, “Guru ialah penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Hidup”, Yesus tidak menafikan gelaran ini, tetapi Dia memuji Petrus “berbahagialah engkaau…bukannya manusia yang memberitahukan hal itu kepadamu, tetapi BapaKu di syurga” ( Matius 16:16-17)

(iii) Seringkali Yesus memanggil Tuhan sebagai Bapa (cth. Lukas 23 ayat 34 dan 46) dan menyebut diriNya sebagai Anak ( lihat SOALAN 27; lihat juga Yohanes 5:17-27 dan 10:36)

SOALAN 29: Yesus selalu menyebut diriNYa “Anak Manusia”. Adakah ini bertentangan sebagai Anak Tuhan?

Jawapan: Gelaran ini tidak bercanggah antara satu dengan lain. Jika anda membaca Daniel 7:13-14, Markus 8:38 dan 14:61-62 dengan teliti, anda akan mendapati bahawa Anak Manusia bukan bermaksud manusia seperti kita, gelaran itu melambangkan peribadi abadi yang datangnya dari tangan kanan Tuhan, penuh dengan kemuliaan Tuhan. Maksud gelaran ini sama dengan maksud gelaran Anak Tuhan.

SOALAN 30: Tetapi ramai orang dipanggil anak Tuhan dalam Alkitab. Tuhan memanggil bangsa Israel “anak” Nya dalam Hosea 11:1-2 dan setiap orang Kristian dipanggil anak Tuhan dalam Yohanes 1:12. Atau adakah ini bermaksud Yesus hanyalah seorang biasa sama seperti kita juga?

Jawapan: Benar Tuhan memanggil bangsa Israel anak anakNya, terutama raja-raja Israel, supaya mereka berada dekat dengan Tuhan dan menjadi wakil dan gambaranNya di dunia. Sepertimana di awal penciptaan dunia, Tuhan memanggil Adam “anak Tuhan” (Lukas 3:38)

Tetapi semua gagal hidupmenurut standard Allah: melalui ketidaktaatan mereka, mereka jatuh dan kehilangan kedudukan tinggi mereka.

Anak yang benar dan sempurna selamanya satu dengan Bapa di syurga (lihat SOALAN 34); dia datang ke bumi, lahir dari seorang perempuan, untuk menjalani kehidupan manusia dan mati bagi keselamatan kita. Sifat dan perbuatanNya menunjukkan bahawa Dia, sangat istimewa, layak dipanggil Anak Tuhan.

Sesiapa yang percaya kepada Dia, walaupun tidak layak, menerima bahagian dalam hubungan anak Tuhan mengangkat kita menjadi anakNya.

SOALAN 31: Kenapa kamu memanggil diri kamu anak Tuhan, sedangkan Alkitab memanggil kamu hamba Tuhan? – Roma 6:22

Jawapan: Bagi menunjukkan Alkitab memanggil orang-orang Kristian ank-anak Tuhan, lihat kata-kata Yesus dalam Matius 5:45 – dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapa kamu yang di syurga”. Lihat juha Yohanes 1:12 – “tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepadaNya, mereka diberiNya hak menjadi anak Allah”, dan Roma 8:15-16 “Roh yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu tidak memperhamba kamu, sehingga kamu hidup dalam ketakutan. Sebaliknya Roh Allah menjadikan kamu anak-anak Allah dan dengan kuasa Roh Allah kita memanggil Allah “Bapa, ya Bapaku” ”. seperti yangdijelaskan dalam SOALAN 27, ini merupakan bahasa metafora, ini bukannya Tuhan memperanakkan manusia seperti kita.

Kenapa Surat Roma, seperti yang ada dalam Alkitab, juga memanggilorang Kristian sebagai hamba atau pelayan? Sebabnya ialah pengalaman dan bahasa manusia tidak cukup untuk menjelaskan dengan tepat kebenaran Tuhan. Memang benar kedudukan kita di hadapanTuhan boleh disamakan dengan hamba pada satu tahap. Dalam Roma 6:16, Rasul Paulus mengajar bahawa seorang hamba harus taat sepenuhnya pada tuannya. Jadi dia menggunakan hamba sebagai perumpamaan untuk ketaatan. Dia mengatakan bahawa kita tidak harus menjadi hamba dosa, sebaliknya kita harus menjadi hamba kebenaran (ayat 18), kita malah boleh dipanggil “hamba tuhan” – (ayat 22).

Ini bermaksud orang Kristian tidak menolak sepenuhnya idea dipanggil sebagai hamba Tuhan dalam keadaan tertentu, contohnya untuk menunjukkan kerendahan hati dan ketaatan kepada Tuhan. Tetapi kami menegaskan bahawa panggilan ini tidak cukup untuk menjelaskan keseluruhan kebenaran tentang Tuhan.Dalam dunia ini, tuan bagi hamba mungkin baik atau kejam, tetapi Yesus telah menunjukkan kasihTuhan yang mendalam bagi kita yang mana melangkaui apapun yang kita harapkan dari mana-mana tuan ke atas hamba di dunia. Hamba-hamba ini melayan tuannya dengan rasa takut, secara paksaan, manakala Yesus mengajar kita bahawa kita harus melayani Tuhan Bapa kita di syurga dengan rela dan sukacita.

Walau bagaimanapun, kami meyakinkan orang Islam bahawa kami orang Kristian tidak berniat meninggikan diri kami apabila kami memanggil diri kami anak Tuhan; panggilan itu bertujuan untuk meninggikan dan memuji Tuhan. Kami sedar bahawa kami hanyalah manusia yang berdosa, tetapi kami isytiharkan belas kasih yang besar yang ditunjukkan Tuhan dengan menerima kami sebagai anakNya, kerana kami percaya kepada Yesus Kristus.

SOALAN 32: Bukankah orang Kristian menyembah tiga Tuhan? Bapa sebagai Tuhan yang pertama, Anak Tuhan yang kedua dan Roh Kudus Tuhan yang ketiga?

Jawapan: Tentu sekali tiada ada Tuhan lain. Hanya ada satu Tuhan dan hanya Dia sahaja yang harus disembah. Semua orang yang dibaptis sebagai Kristian harus belajar Sepuluh Hukum, yang bermula “Allah berfirman dan inilah firmanNya, Akulah TUHAN…JANGAN SEMBAH tuhan-tuhan LAIN; SEMBAHLAH AKU SAHAJA.” (Keluaran 20:2-3)

Yesus sendiri menegaskan hukum ini, Dia mengatakan, “Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa” ( Markus 12:29). Begitu jugs ketika Rasul Paulus menulis “kita tahu bahawa berhala menggambarkan sesuatu yang tidak wujud. Kita juga tahu bahawa Allah hanya satu, tidak ada yang lain” ( I Kor 8:4). Tetapi apakah sifat Tuhan yang satu ini? Bagaimana manusia mahu mengenali Dia? Alkitab mengajar kita Tuhan yang satu ini menyatakan diriNya (sejauh yang diketahuimanusia) dalam tiga cara, sebagai BAPA yang di syurga (Matius 6:9); sebagai ANAK atau FIRMAN yang mendedahkan siapa Bapa (Yohanes 14:8-10 ;Yohanes 1 ayat 1, 14,18); dan sebagai ROH KUDUS yang melakukan pekerjaan Bapa di bumi (Yohanes 4:24; Roma 8:16 dan 26).

Allah tidak dapat difahami. “ Parut tidak akan pernah sama dengan kulit asal”, tidak ada penjelasan yang membolehkan Allah difahami oleh manusia. Terutamanya dalam hal ini, kita tidak bolehmenganggap Tuhan itu bolehdikira, seperti kita mengira wang. Contohnya kita mendengar pendapat yang mengatakan oleh kerana 1+1+1=3, maka kita tidak boleh mengatakan bahawa tiga (Bapa, Anak dan Roh Kudus) boleh menjadi satu Tuhan. (Katakan kita buat kiraan secara pendaraban bukannya penambahan? Apakah jawapan kepada 1x1x1?) apa yang penting di sini ialah jika Tuhan itu boleh ditambah atau didarab itu bukannya Tuhan.

Para teologi Kristian sudah mencuba pelbagai cara untuk menjelaskan bagaimana Tuhan boleh menjadi Tritunggal – tiga dalam satu,kesemua penjelasan ini sangat penting terutamasekali untuk melindungi iman Kristian terhadap sebarang salah faham atau salah tafsir. Contohnya, doktrin Tritunggal mengingatkan kita supaya tidak menganggap Yesus sebagai Tuhan selain Allah, dan memberi amaran kepada kita supaya tidak berfikir bahawa Tuhan bertukar dari satu ke yang satu seperti seorang pelakon yang menukar pakaiannya mengikut watak, atau seperti roh yang bertukar menjadi manusia. Sejauh yang difahami dalam Islam idea ini juga tidak dipersetujui, doktrin Tritunggal sepatutnya merupakan suatu yang menyakinkan kepada orang Islam, sekiranya doktrin ini diperjelaskan dengan betul kepada mereka.

Perkataan “Tritunggal” memang bukan berasal dari Alkitab-seperti juga perkataan “Kesatuan” (Tauhid) tidak ada dalam Qur’an! Alkitab bersaksi bahawa hanya Satu Tuhan wujud, dan menyatakan diriNya, sebagai Bapa, Firman dan Roh; doktrin Tritunggal hanyalah satu cara merumus dan menerangkan apa yang dikatakan oleh Alkitab.

SOALAN 33: Ketika Yesus dibaptis di sungai Yordan; dan Roh Allah turun ke atasNya dalam rupa burung merpati, dan Allah bercakap dari syurga (Matius 3:16-17), bagaimana mungkin Tuhandapat muncul di tiga tempat yang berlainan (jika Yesus dan Roh Allah adalah Tuhan)?

Jawapan: Perkara ini bukannya susah.Islam sendiri mengajar kita tidak harus membandingkan Tuhan dengan manusia biasa. Manusia hanya boleh berada di satu tempat pada satu masa, tetapi Tuhan tidak dapat dibatasi seperti kita. Tuhan berada di mana-mana, bukanlah satu perkara yang susah dan mustahil untuk Tuhan berada di tiga tempat yang berlainan pada satu masa. Walaupun Dia berada di lebih dari tiga tempat, siapakah yang dapat membatasi Allah?

SOALAN 34: Adakah Yesus itu Tuhan?

Jawapan: Hanya ada satu Tuhan, dan Tuhan yang satu ini sahaja yang layak disembah.Tetapi Alkitab bersaksi bahawa Tuhan menyatakan diriNya di dalam Yesus Kristus dalam cara yangsangat ajaib dan tiada bandingannya, sehingga sesiapa yang melihat Yesus sudah melihat Allah Bapa. Yesus Kristus dipenuhi Allah. Yesus dan Bapa adalah satu. Yesus ada di dalam Bapa dan Bapa di dalam Dia ( Yohanes 4:9; Kol 1:19; 2:9; Yohanes 10:30 dan 38)

Lihatlah perkara yang sudah Yesus lakukan, tiada manusia yang boleh melakukan semua perkara itu; hanya Tuhan sahaja dapat melakukan semua itu. Yesus mengampuni dosa orang (Markus 2, 1-12; Kis 10:42-43); Dia menebus Hukum yang diberi Tuhan melalui Musa (Matius 5:38-39); Dia mempunyai kuasa di bumi dan di syurga (Matius 28:18); Dia yang akan menjadi hakim pada hari penghakiman (Matius 25:31-46; Kis 10:42).

Oleh kerana tiada manusia biasa boleh melakukan perkara-perkara ini, kita percaya bahawa Allah sendiri melakukan semua perkara itu dalam Yesus Kristus ( 2 Kor 5:17-19). Jadi penyembahan yang kita berikan kepada Yesus tidak merampas apa-apa kemuliaan Tuhan, malahan kita memberikan kemuliaan kepada Tuhan melalui Yesus Kristus, oleh kerana Allah kitamenyembah Yesus Kristus ( Filipi 2:10-11 – “Oleh itu, unntuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia. Mereka semua mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan; dengan demikian Allah Bapa dimuliakan.”

Kerana inilah, mata Thomas terbuka selepas kebangkitan Yesus, supaya dia akan berseru kepada Yesus “Ya Tuhanku! Ya Allahku!”; dan Yesus mensahkan kesaksian Thomas dengan berkata “Adakah kamu percaya kerana kamu telah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku” ( Yohanes 20:28-29)

Sudah tentu terdapat pelbagai maksud yang palsu boleh diberikan berkenaan frasa “Yesus itu Tuhan” – contohnya sesetengah orang berfikir apabila Yesus lahir, ini bermaksud Tuhan sendiri telah dilahirkan, atau pada hari Yesus matiTuhan sendiri juga mati! Ini adalah salah tafsir akan kepercayaan Kristian. Tafsiran yang benar adalah seperti yang telah dijelaskan di atas.

Atau kita lihat dari segi ini: kata-kata manusia adalah suatu misteri. Dari mana datangnya perkataan sebelum keluar dari mulutku? Kita mungkin berkata ia datang dari hati atau kepala (pemikiran). Tetapi jika seorang doktor bedah membedah hati dan kepala saya, adakah dia akan menemui kata-kata di sana? Adalah susah untuk membuat perbezaan antara saya dan kata-kata saya – jika seseorang mengatakan dia percaya kata-kata saya, itu bermaksud dia percayakan saya!

Ini hanyalah suatu ilustrasi;jadi betapa misteri lagi FIRMAN ALLAH! Sebelum FIRMAN tersebut keluar dari “mulut” Allah, di manakah ia? Pada mulanya FIRMAN itu bersama Allah, FIRMAN itu bukan hanya sekadar makhluk ciptaan. Apa sahaja yang dilakukan Allah, kitaboleh katakan itu adalah hasil dari FIRMANNya. Jika seorang manusia mengatakan dia percaya FIRMAN Tuhan maka itu bermakna dia percya kepada Tuhan sendiri, melalui firman tersebut.

Jadi di sini kita lihat bahawa Tuhan dan FIRMANNya adalah satu dan sama (Islam juga mempunyai doktrin yang sama tentang “kata-kata”Tuhan yang tidak dicipta dan bersifat abadi). Tuhan yang Satu yang kita kenal sebagai Bapa, juga telah menyatakan DiriNya sebagai FIRMAN, sehingga Alkitab mengatakan “FIRMAN itu adalah Tuhan”…dan pada masa yang dipilih Tuhan, FIRMAN ini datang di tengah-tengah kita dalam bentuk tubuh manusia, menjalani kehidupan manusia, bagi keselamatan kita, namaNya, yesus kristua (Yohanes 1:1 dan 14, Ibrani 1:1-2). Inilah yang kita maksudkan apabila kita bersaksi, “YESUS ADALAH TUHAN”…. sekali lagi jangan salah tafsir: apabila orang Kristian memanggil Yesus “Tuhan”, kami bukan menjadikan Dia Tuhan selain Allah; kami bukan menyangkal Dia menjalani kehidupan manusia sesungguhnya.

Apa yang kami maksudkan adalah Yesus adalah JELMAAN (dalam bentuk tubuh manusia), dari FIRMAN, yang merupakan TUHAN. Oleh itu apabila kami menyembah Yesus, itu adalah cara kami menyembah Tuhan yang satu yang kami kenal dan sembah melalui FirmanNya.

Untuk muat turun dokumen FAQ selengkapnya/To download the FAQ full document:

Format PDF –
FAQ_Jawapan_Soalan_Orang_Islam

Format Cetakan Buku

Qs & As Lamin Sanneh

 

Digunakan dengan kebenaran. Dokumen iniadalah hasil kerjasama kumpulan. Hakcipta pemilik-pemilik C/O Lamin Sanneh, Yale University Divinity School. Untuk versi asal Bahasa Inggeris dan sumber lain yang berkaitan sila masuk ke:

FAQ on Muslim Questions – Christian Answers (Updated)

Leave a Reply